Terlalu sedih mengenangkan arwah yg begitu ceria di hati kami sekeluarga pergi utk selama²nya. Hidupnya susah tetapi hatinya kaya dengan perkara² positif.
Arwah mula sakit kuat semasa Hari Raya Aidilfitri yg lepas dan selepas tu keadaannya semakin buruk. Kami sekeluarga beberapa kali pulang ke Segamat utk menziarahi arwah. Arwah seorang yg berbadan besar tetapi disebabkan penyakit yg dialami menyebabkan bdnnya semakin susut.
Masing² mengambil giliran utk mencium arwah utk kali terakhir. Aku cuba mengawal rasa sedih dan sedaya upaya menahan air mata dari mengalir keluar tetapi tewas selepas aku mengucup pipi dan dahi arwah yg terbujur kaku. Aku terus berlalu keluar dari rumah selepas itu. Semakin lama semakin kuat aku mendengar tangisan org² yg berada di keliling arwah yg terdiri daripada keluarga dan jiran tetangga.
Baik yg lelaki mahupun perempuan, semuanya tidak mampu lagi menahan rasa sedih atas pemergian arwah. Entah berapa kali aku mengalirkan air mata ni.
Semasa talkin dibacakan, aku hilang fokus dan hanya teringatkan gurau senda arwah yg begitu ceria dan bersahaja. Teringatkan kata² Imam masjid selepas selesai sembahyang jenazah, katanya.. Arwah seorang yg merendah diri tetapi tidak lokek dengan senyuman, gurauan dan juga pertolongan kpd penduduk kg. Sbb itulah arwah menjadi kesayangan penduduk kg. di situ.
Melihatkan jumlah yg hadir semasa pengebumian arwah, membuatkan aku kagum dan terfikir sejenak akan kata² Imam tersebut. Memang benarlah spt yg dikhabarkan. Bahkan ada kaum lain juga duduk melihat dari luar kawasan kubur, sama² ingin turut serta pd masa itu.
Tiada apa yg dpt aku berikan pd arwah cuma kiriman Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Semoga Mak Cik Sabar @ Mak Besar @ Mak Mok berbahagia di sana selamanya. Insyallah kita akan ketemu lagi di alam lain.

1 Komen:
semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Post a Comment